Monday, October 03, 2016

About Hanimlicious

Hyeee there! Kak Nim is backkk! 12.28am I still can't sleep so I decided to write a little about Hanimlicious as I already promised in the last post. 😘

So, awal2 Kak Nim start jual kecil kecilan dekat kawan2, sedara2 semua takdak nama lah lagi bisnes Kak Nim ni. Pastu kawan baik Kak Nim, Zahid ni suggest why not you put any name kan. Baru kerlass and glamour sikit. Pastu kami pun plan la macam2 nama. Then the first idea Zahid gave to me was Hanim Sweet Tooth. Pastu punya la design logo la buat ig la. Semangatkan. Then after a few weeks I think the name was too long and too gojes sangat sebab customer Kak Nim ni kadang2 ada orang kampung semua. Nanti mau tegeliat lidah makcik nak menyebutnya.

Pastu dalam masa mencari nama2 yang sesuai tu macam2 lah idea mai. Hanim Homemade, Hanim Bakery, Hanim Cake, Hanim Cookies, Hanim House & etc. Dalam masa yang sama time tu tengah tengok rancangan Maharaja Lawak Mega. Pastu ternampak la team penyokong si nabil. Nabilicious kan. Bermula dari saat itu la terdetik terbayang terlahir di hati nurani ini nak meletak nama Hanimlicious. Kak Nim rasa sesuai lah kan sebab jual makanan. Mesti lah delicious tak gituhh? 🤔

So di situ lah bermulanya kisah penubuhan secara officialnya si Hanimlicious ni haa. So sapa yang nak order mai2. Kek simple2 Kak Nim boleh la buat. Yang dasat2 tu belum mahir. Yang paling penting Hanimlicious berdaftar dengan SSM dan Kak Nim buat semua kek & pastries ni dalam persekitaran insyaallah bersih dan terjamin. Setakat dok menjual 3 tahun ni takdak lagi la yang food poisoning ka apa kan. Insyaallah dengan izin Allah kita cari rezeki yang baik Allah buka jalan yang baik.

Okay Kak Nim pun dah mengantuk. See you on the next post! Daadaaaaaaa👋

Saturday, October 01, 2016

Keterjebakan dalam bidang bakery.🎂

Halo halo. Hahaha Kak Nim is back. Tak boleh tidoq so Kak Nim nak merapu.👻

Dulu kan time sekolah, Kak Nim ni bukan jenis perajin nak buat2 kerja ni. Even sekarang pun. Pastu bila sekarang ni Kak Nim start jual kek bagai ni semua pakat dok musykil macam mana si hanim bulat pemalas ni boleh rajin nak membuat dan menjual kek pulak kan?🤔 Haha people change man! 🤘

Okay permulaannya macam ni. Kak Nim start dok mengusha resepi2 kek, video tutorial semua bagai ni time form 6. Biasa la form 6 rilek kentang. Masa lapang tu banyak. So for the first time Kak Nim buat Kek Coklat Moist. Paling simple punya kek lah. Guna resepi Namee Roslan. Sat nak tunjuk gambaq hasil.
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
Haaaaaa. Setelah 5minit mencari. Jeng jeng! Ni la first kek Kak Nim buat. 

Disebabkan tok Kak Nim seorang yang permurah amaaaaat. So kek yang tak seberapa ni dia suruh pi bagi dekat sedara2 dan kawan2 Kak Nim. So start dari situ Kak Nim dapat good feedback yang kek tu superb, moist, delicious, gebu, lembab, tak manis sangat & etc. Maka di sinilah bermulanya kisah perjalanan bisnes Kak Nim bila orang start order dari hari ke hari. Lepas dah maju sikit Kak Nim pun start lah tambah another 2 3 menu baru. Alhamdulillah dah dekat 4 tahun dah haa. Di kesempatan ini, I would like to give a big thanks to Namee Roslan! Because of you Kak Nim dah ada bisnes sendiri sekarang. Walaupun kecik ja. Boleh la cukup makan. 😛

Then, nak tau macam mana nama Hanimlicious tu tercipta? Nanti Kak Nim rajin Kak Nim cerita k. Goodnight!😘

First day tulis belog!

Assalamualaikum. Hye!👋

Malu pulak nak start. Haha overrr. Hye hallo namaste, aku Kak Nim. Nama penuh Nur Hanim. Tapi orang sekarang kan semua nak cepat nak simple haaa Nim sudah. First of all, tiba2 ja aku nak menulis blog ni pasaipa kan? Orang lain dah lama dah dok syok menulis itu ini tapi aku baru first post. Kahkahkah. Sebenaqnya dulu ada blog. Tapi dulu2 punya blog biasa la. Baru nak up. Tak boleh blah punya blog. Luah pasai pakwe, bekelai dengan kawan, kena buli senior lalalalala. So, point aku menggodek balik blog ni sebab tiba2 sekarang sejak sambung degree ni rasa macam diri ni macam mahir sikit pasai komputerr ni haa +boring. Pastu sekarang dah ada business sampingan sama. Teringin la jugak nak jadikan medium nak promote tak gituhhh. Haha. 

So, for the first introduction ni nak cerita pasai apa hah? Pasai diri sendiri lah nohhh. Hehe. Kak Nim ni orang Perlis. Orang Perlis piauuu. Tokwan tok mak ayah mak menakan semua asal orang Perlis. Daripada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sampaiiiiiiii la haa universiti semua kat Perlis. Nampak betapa sayangnya Kak Nim kat Perlis Indera Kayangan ni nak habaq hampa. Sebab tu la Kak Nim ni emo sikit emobanyak bila kadang2 orang dok mengata negeri Perlis ni macam2. Takdak mall, takdak wayang, takdak macam2. Haa pasaipa? Aku buleh ja hidup 22 tahun kat sini. GRRRR...😤

Ok back to reality. Kak Nim sekarang dok belajaq lagi kat Unimap. Degree Engineering Entrepreneurship. Nak jadi usahawan lah katekannnn. Kahkahkah. Di samping itu haa Kak Nim dok buat bisnes jugak. Kecil kecilan cari duit poket. Hampa pi instagram search Hanimlicious. Kat butang tepi2 tu pun ada. Pi klik cepat. Haa hat dok buat cheesetart, kek comey2 dalam gambaq tu Kak Nim la hehe. Nak tengok kat FB pun boleh. Search Hanimlicious jugak. Tapi FB ni jarang update sangat. Rasa renyah sikit haha. +likerspuntakberaparamai. Kalau nak order tu habaq la 3 4 hari awai. Bukan apa, kalut kan dengan kelas lagi. Takut takdan buat. 

Hmmm nak cerita apa lagiiii. Apa? Marka? Haha. Adaaaaaaa. Tapi rahsia. Hampa tunggu la Kak Nim nikah nanti Kak Nim reveal la sapa. #acahhotsetap

Dah lah. Nanti Kak Nim rajin Kak Nim update lagi yerwwww! Bye! 😘