Monday, October 03, 2016

About Hanimlicious

Hyeee there! Kak Nim is backkk! 12.28am I still can't sleep so I decided to write a little about Hanimlicious as I already promised in the last post. 😘

So, awal2 Kak Nim start jual kecil kecilan dekat kawan2, sedara2 semua takdak nama lah lagi bisnes Kak Nim ni. Pastu kawan baik Kak Nim, Zahid ni suggest why not you put any name kan. Baru kerlass and glamour sikit. Pastu kami pun plan la macam2 nama. Then the first idea Zahid gave to me was Hanim Sweet Tooth. Pastu punya la design logo la buat ig la. Semangatkan. Then after a few weeks I think the name was too long and too gojes sangat sebab customer Kak Nim ni kadang2 ada orang kampung semua. Nanti mau tegeliat lidah makcik nak menyebutnya.

Pastu dalam masa mencari nama2 yang sesuai tu macam2 lah idea mai. Hanim Homemade, Hanim Bakery, Hanim Cake, Hanim Cookies, Hanim House & etc. Dalam masa yang sama time tu tengah tengok rancangan Maharaja Lawak Mega. Pastu ternampak la team penyokong si nabil. Nabilicious kan. Bermula dari saat itu la terdetik terbayang terlahir di hati nurani ini nak meletak nama Hanimlicious. Kak Nim rasa sesuai lah kan sebab jual makanan. Mesti lah delicious tak gituhh? 🤔

So di situ lah bermulanya kisah penubuhan secara officialnya si Hanimlicious ni haa. So sapa yang nak order mai2. Kek simple2 Kak Nim boleh la buat. Yang dasat2 tu belum mahir. Yang paling penting Hanimlicious berdaftar dengan SSM dan Kak Nim buat semua kek & pastries ni dalam persekitaran insyaallah bersih dan terjamin. Setakat dok menjual 3 tahun ni takdak lagi la yang food poisoning ka apa kan. Insyaallah dengan izin Allah kita cari rezeki yang baik Allah buka jalan yang baik.

Okay Kak Nim pun dah mengantuk. See you on the next post! Daadaaaaaaa👋

No comments:

Post a Comment