Wednesday, September 20, 2017

PULUT AYAM THAI

Assalamualaikum and hye! Hampa sihat? Hehe. Harini Perlis hujan lebat jadi akak tiba2 craving nak makan Pulut Ayam Thai. Nak pi Padang Besar jauh sangat. So, google la resepi sebab kat rumah pun stok ayam banyak. Pi borong dekat Ayam Bismi haritu. Sekilo RM4.90. Mana nak cari harga tu kat tempat lain diknon. Haha.

So google punya google jumpa resepi dari blog Fiza's Cooking resepi Pulut Ayam Thai ni. Saya share ya Kak Fiza. 😚

Untuk resepi yang akak guna ni akak ada ubah sikit la sebab ada bahan yang takdak tapi still sedap jugak la rasa dia hehe. Jom cedok resepi kat bawah!

PULUT AYAM THAI
Resepi Asal: Fiza's Cooking

Bahan-bahan:
Ayam sebelah (akak campur2 dalam 8 ketul macam tu)

Bahan A: (Ditumbuk halus)
5 ulas bawang putih
2 tangkai akar ketumbar (akak letak akar daun sup sebab lupa beli daun ketumbar😜)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh lada putih (lada sulah)



Bahan B:
1½ sudu besar gula
3 sudu kicap cair (akak letak kicap manis tamin)
¼ sudu teh garam
¼ cawan air
½ tepung beras (ni letak last time nak goreng)

Bahan C:
½ cawan bawang merah

Bahan D:
2 cawan Beras Pulut Susu

Cara-cara:

Tumbuk semua Bahan A dan gaulkan dengan ayam sehingga sebati. Masukkan semua Bahan B KECUALI tepung beras. Sebab yang tu letak last. Gaul-gaul sampai rata. Akak tutup ayam tu dengan plastic wrap dan masukkan dalam chiller selama 4jam. (lagi lama lagi sedap) Ayam yang diperap tu boleh alih2 la setiap 2 jam ke nak bagi semua rencah dia masuk.

Sementara nak memerap ayam tu boleh rendam beras pulut. Sebab kita nak kukus. Kalau tak rendam lama nanti keras.



Seterusnya untuk bawang goreng. Tak lengkap resepi ni kalau takdak bawang goreng ni. Bawang goreng ni kena buat sendiri, yang beli kat kedai tu tak umphhh. Kecuali kalau hampa beli kat Padang Besar la. So potong bawang dan kering kan. Akak keringkan atas tisu macam ni. πŸ‘‡


After dah kering gaul garam sikit dan goreng api panas. Baru rangup!
Dah siap goreng bawang jom masak pulut. Pulut yang direndam tadi kita tapis air dia dan letakkan atas pengukus. Akak kukus dalm 40-45minit ja.
Sambil menunggu pulut masak moh kite menggoreng ayam. Keluarkan ayam dari chiller. Masukkan tepung beras tadi.

Gaul biar sebati melekat di ayam tu. Panaskan minyak dan goreng. Goreng la sampai agak2 dah masak. Kalau nak rangup goreng lama sikit. 

Bila dah masakkkkkkk hidang laaaa! Tadaaaaaa!!!!


Sedap hingga menjilat tulang. Rasa pun sama ja macam beli wey. Jimat boleh makan 1 rumah! Hehehe. Sos tu sis beli kat Padang Besar ja. Alhamdulillah hilang craving. Ok guys Selamat Mencuba!!!πŸ‘‹

Tuesday, September 19, 2017

REVIEW: COSMODERM Halal Skincare Products

Heloooo! Hye harini sis nak review this Malaysia products. Local brand lah kan. COSMODERM. First of all kita cerita dulu pasal skin type akak ye. Aku ni kulit berjerawat, berminyak, kusam, tona tak sekata dan memang jenis kulit yang sedihhh la senang cerita. Haha. Umur 23 kulit macam 35. Tergugat tengok kulit Che Ta, Erra helok dari aku. 😞

So, kulit aku start bermasalah since high school, Form 2 camtu sebab aku ada pakai 1 product ni F***&L*****. Haha. Punca dia sebab terikut sepupu aku. Dia pakai aku pun nak pakai. Aku ni dah la kulit berminyak and the products untuk orang kulit kering. Memang cari pasal la. Then jerawat aku naik2 aku picit2 berlubang and tinggal parut hitam2 dan sekian2 sampai sekarang. Cuma sekarang taklah seteruk dulu.

Kawan perkenalkan





Bermulanya aku tau pasal product ni bila kawan baik aku suggest. Dia pun ada masalah yang sama tapi tak seteruk aku. So kami pun pulun la pi Guardian. Cosmoderm ni awal2 dulu tak silap aku hanya ada kat guardian ja. Kat watsons takdak. 

The first item I bought of course la cleanser dia. 



Yang ni memang sangat sesuai untuk kulit berminyak. First aku pakai memang slurrpp kat muka aku hilang la minyak but it still lembabkan muka hang. Sebab certain product bila dia hilangkan minyak dia keringkan kulit so tak best la kan. Macam certain oily cleanser, after few hours minyak kat muka tu akan kembali but yang ni still muka hang akan berminyak but lambat la. Aku cuci muka aku 3 kali sehari. Pagi tengahari and malam. Fresh nau nau wey. Bebas dari minyak and yang penting jerawat tak naik dah!! Then after aku betul2 selesa, muka aku pun rasa fresh ja aku start beli benda2 lain pulak. 

Aku beli dia punya toner and moisturizer,


After add on 2 benda ni kulit aku makin aku. Jerawat makin kecut. Kulit pun dah tak kusam sangat. And I'm very satisfied with this product plus product2 ni affordable untuk student macam aku. Kat bawah nanti aku tulis harga product yang aku beli ni naa. 

After jerawat aku kecut, aku beli one more product

Yang ni pun memang sangat mau untuk pudarkan parut jerawat hang yang dah kecut tu. Tapi parut2 baru la. Yang lama tu maybe take time sikit. Vitamin E Cream ni quite oily so aku pakai waktu malam ja. But it works. 

Kesimpulannya,

Aku bagi 8/10 untuk Cosmoderm ni sebab bagus, affordable & mudah nak dibeli. Tapi sayangnya, like my last post about my skin type. Kulit aku dia akan react dengan certain benda after a few month. So this Cosmoderm didn't perform anymore to my skin. Mungkin sebab masalah dalaman jugak haha. Sekarang aku dah berpindah kepada COSRX & CETAPHIL. Later I'll write the review of this two pulak. So, I kindly suggest product ni untuk orang yang bermasalah jerawat. You can wear the green one. And untuk dry skin you can try the yellow one. Insyaallah this product won't give you bad impact berbanding local product yang hampa dok pm tepi tu haha. Selamat Mencuba!! 

P/s: 
Vitamin E Cream 1000 I.U. 50ml = RM19.90

Tea Tree Oil Cleanser with Vit.E 125 ml = RM15.90

Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 100ml = RM19.90

Tea Tree Oil Day Night Moisturiser 50ml = RM15.90


Price ni depends jugak. Kadang2 Guardian buat sales maybe lagi murah. And if you guys nak lagi berkesan better beli 1 set and lebih jimat. Tau! πŸ‘„

Monday, September 18, 2017

Alahan Antibiotik :(

Hyeee! I'm back! Lama tak menulis sebab busy dengan assignment kelas and everything. So, harini rasa nak menulis balik sebaaaaaabbbbb my allergies is coming back to me. 😭😭😭Okay, first of all let me begin this story by throwing back to 4 years ago bila aku first time diserang penyakit kulit luaaaaar biasa. Seriously kalau hampa tengok, ngeri wey. I don't have any picture seram time tu sebab time tu baru 2012 and I'm still noob takdak android and etc. And sekarang kalau hampa jumpa aku and hampa nampak there's some spot luka2 or parut kat tangan aku, please don't ask. It's hurts me sometimes. Haha. Sapa nak kan kulit yang tidak lagi mulus dan gebus seperti dulu. I'm still find the way to recover myself.

PART 1:

Tanda-tanda pertama yang jadi kat aku bila dekat betis naik satu benjolan kecil. Keras. Aku pelik aku tekan2 benda tu but nothing happen. After a few days, my legs and hands start ada ruam-ruam. Nampak macam campak, tapi aku tak demam tak rasa lenguh and macam takda tanda2 campak. Then aku pi klinik. Sampai ja klinik masuk bilik doktor dia check aku seminit pun tak sampai. Dia suluh2 kalut2 haa ini cacar air maaa. Doktor chinese. Pastu terus bagi ubat and balik. 😞 Aku pun pulang dengan peliknya makan ubat and sapu ubat macam biasa.

PART 2:

Macam yang aku agak there's nothing happened to me. Bukan bertambah baik, tapi makin teruk. Setiap hujung jari tangan and jari kaki aku melembung macam belon. Dia macam biji air la. Dalam dia hampa boleh nampak macam air bisa kuning2. 1 rumah dah pening nak cari solution untuk aku, sebab kami fikir dah pi check doktor pun still takdak solution sedangkan klinik yang kami pi tu klinik kulit. #hairanbinajaib😟So, we decided to try ubat kampung. Tanya orang tu orang ni then jumpa la sorang ni. Check tunjuk semua kat dia, dia cakap aku kena Kayap Pasir. πŸ˜•Aku dah makin confused weh penyakit apa menyerang aku ni. Tok aku pun bagi la semangat sebab aku tersangatlah down. Kaki tangan aku buruk, exam STPM dah nak dekat. Time tu dia punya tertekan tu sabaq banyak ja wey. Ada yang melawak aku kena HIV and so on but I know they're just kidding but at that situation it goes really deep in my heart.πŸ’˜ Okay then pakcik tu suruh aku cari duri pokok limau and cucuk tempat yang gelembung tu bagi keluar air dalam tu then sapu ubat dia bagi. Time cucuk ubat tu perhh dia punya bau nauzubillah hahaha.

PART 3:

Day by day aku lalui peritnya penyakit ni. There's nothing change. It's getting worst. Kali ni dia serang muka aku. Setiap liang roma aku kat muka ni, keluar something macam peluh and bila dia kering, dia jadi macam pasir. Bila hang sapu lekat kat tangan and I think tu air bisa. Dekat kulit kepala pun sama. Pegang ja rambut basah dan hanyir weh.😭Bila kering jadi macam kelemumur. Time tu level down aku tahap 99/100. Kaki tangan muka mulut semua bengkak. Bayangkan muka aku macam cerita kung fu hustle part mulut dia kena patuk ular tu. Serius wey mulut aku membengkak sebegitu rupa.
Image result for kung fu hustle snake bite lips
Aku everyday termenung what happened to me? What is this? Virus? Zombie? I lost my minds sebab benda ni kalau orang tengok aku, orang akan fikir sakitnya. But you know what, sikit pun benda2 kat badan aku ni tak sakit. It just itchy and rimas macam tu. I can still eat and writing. Then penyakit apa ini? But I believe Allah takkan menduga kalau dia tau kita tak mampu lalui kan. So, struggle!

PART 4:

Setelah sekian lama tak pi sekolah hehe, kawan aku cakap cikgu tanya pasal presentation sebab dia nak bagi markah and so on. So aku pun pi sekolah dengan keadaan membengkak ni jalan pun senget2. Aku redho ja cikgu aku nak bagi markah berapa pun. Selesai ja present I met my friends. Some of them menangis tengok aku weh. Thanks hampa yang doakan aku. Okay time nak balik tu cousin aku yang mai ambek hantar aku pi sekolah. Depa ni dok KL. So baru balik kampung. Depa pun tanjat tak terkata tengok situation aku. And the final stage begin bila depa 2 ni la yang bawak aku pi klinik untuk check up lagi sekali. Punya la depa beletiaq kat aku awat tak pi klinik and blablabla. Aku dah pi kan tapi macam tak membantu ja haha. Please don't blame my parents. They wanted to bring me to another klinik and specialist. Aku yang taknak sebab I thought this is just a normal sakit kulit or campak or kayap. Dan aku mengharapkan kesembuhan secara natural tapi ianya tidak berlaku haha. 

PART 5:

Sampainya dekat klinik, we register and waiting for the doctor. Aku dengan baju sekolah kelabu tu tercangak kat situ dengan full muka badan membengkak. Masuk ja jumpa doktor, guess what? Aku kena maki. Haha. No la bukan maki, but he just scolding me kenapa lambat datang check. You know what this drugs allergies can kill you! Aku pun blur. Drugs? Bila masa aku ambek dadah. Sepupu aku cubit aku drugs tu ubat. Haha dungu kan. Doktor tu check2 everything and dia memang marah gila la. He said," You're 90% to go to death. Kalau allergies ni dah sampai mata you boleh buta tau?!". Aku senyum2. "Why are u smiling? I'm serious. Penyakit ni bukan boleh main2" Then aku pun serius dengar dia explain. "Antibiotik yang u makan ni dah bunuh semua bakteria dalam badan u. Dalam badan u dah hilang all bacterias whether bad bacteria or good bacteria. All is gone that's why dia react macam ni." Then dia suruh aku cari balik punca dia datang dari mana. Ingat balik last aku makan antibiotik bila? Ambek kat mana? Kalau ada lagi ubat tu dia suruh bawak tunjuk kat dia. Then nak balik ambek ja ubat dia charge aku RM150++. Sis is very redho jela demi nak baik. 

PART 6:

After a few weeks, finally tempat2 yang membengkak tu dah surut and everything yang berair pun dah takdak dah kering. Alhamdulillah. Aku hampir putus asa tapi Allah is the best planner and the best resolver. Walaupun aku tau this allergies takkan sembuh sebab after 4 years ni pun still ada lagi kadang2 dia keluar. Tapi tak seteruk dulu. Dan deritanya ada alergik ubat ni adalah hang kena sentiasa check up. Selama 4 tahun ni, dah berapa banyak klinik aku pi try sebab most of them very costly. Semuanya sekali checkup RM100++. Kopak weh. Aku bukan dari family yang mewah. So aku taknak susahkan parents aku. Lagipun, bedasarkan research di badan aku sendiri, kulit aku akan stop bertindakbalas dengan ubat yang sama dalam beberapa bulan. So aku kena tukar2 ubat. And now aku dah stop checkup dekat 1 klinik pakar ni and still survey klinik lain sebab I don't like the way the doctor treats me. Hehe. 

Reasons why this allergies happened to me:

Aku gastric time bulan puasa then aku pi check dekat klinik tu dan dia bagi aku antibiotik suruh aku habiskan. Antibiotik tu jenis sulphur. Sulphur drugs. Puncanya di situlah. Many people ask me untuk saman the doctor sebab why gastric bagi antibiotik and dah menyebabkan aku menderita berbulan dan jugak aku banyak habis duit. Tapi tak ngapelah. Everyone make a mistake. Dia pun maybe tak sure, doktor pelatih. So I appologized u. 

So I think that's all for my entry today. Ingat ubat tu tak semestinya menyembuhkan, dia jugak boleh bagi kesan yang buruk kalau hampa tak consume betul2, overdose or anything else. Aku pun have least knowledge pasal medical ni. Hampa boleh google lah how to consume antibiotic in a safe way or manfaat or kesan and etc. If anyone yang ada masalah sama macam aku or have some knowledge to share, kindly comment here. Manalah tau boleh hilangkan terus penyakit ni haha. Bye guys!

Monday, October 03, 2016

About Hanimlicious

Hyeee there! Kak Nim is backkk! 12.28am I still can't sleep so I decided to write a little about Hanimlicious as I already promised in the last post. 😘

So, awal2 Kak Nim start jual kecil kecilan dekat kawan2, sedara2 semua takdak nama lah lagi bisnes Kak Nim ni. Pastu kawan baik Kak Nim, Zahid ni suggest why not you put any name kan. Baru kerlass and glamour sikit. Pastu kami pun plan la macam2 nama. Then the first idea Zahid gave to me was Hanim Sweet Tooth. Pastu punya la design logo la buat ig la. Semangatkan. Then after a few weeks I think the name was too long and too gojes sangat sebab customer Kak Nim ni kadang2 ada orang kampung semua. Nanti mau tegeliat lidah makcik nak menyebutnya.

Pastu dalam masa mencari nama2 yang sesuai tu macam2 lah idea mai. Hanim Homemade, Hanim Bakery, Hanim Cake, Hanim Cookies, Hanim House & etc. Dalam masa yang sama time tu tengah tengok rancangan Maharaja Lawak Mega. Pastu ternampak la team penyokong si nabil. Nabilicious kan. Bermula dari saat itu la terdetik terbayang terlahir di hati nurani ini nak meletak nama Hanimlicious. Kak Nim rasa sesuai lah kan sebab jual makanan. Mesti lah delicious tak gituhh? 🤔

So di situ lah bermulanya kisah penubuhan secara officialnya si Hanimlicious ni haa. So sapa yang nak order mai2. Kek simple2 Kak Nim boleh la buat. Yang dasat2 tu belum mahir. Yang paling penting Hanimlicious berdaftar dengan SSM dan Kak Nim buat semua kek & pastries ni dalam persekitaran insyaallah bersih dan terjamin. Setakat dok menjual 3 tahun ni takdak lagi la yang food poisoning ka apa kan. Insyaallah dengan izin Allah kita cari rezeki yang baik Allah buka jalan yang baik.

Okay Kak Nim pun dah mengantuk. See you on the next post! Daadaaaaaaa👋

Saturday, October 01, 2016

Keterjebakan dalam bidang bakery.πŸŽ‚

Halo halo. Hahaha Kak Nim is back. Tak boleh tidoq so Kak Nim nak merapu.πŸ‘»

Dulu kan time sekolah, Kak Nim ni bukan jenis perajin nak buat2 kerja ni. Even sekarang pun. Pastu bila sekarang ni Kak Nim start jual kek bagai ni semua pakat dok musykil macam mana si hanim bulat pemalas ni boleh rajin nak membuat dan menjual kek pulak kan?πŸ€” Haha people change man! 🀘

Okay permulaannya macam ni. Kak Nim start dok mengusha resepi2 kek, video tutorial semua bagai ni time form 6. Biasa la form 6 rilek kentang. Masa lapang tu banyak. So for the first time Kak Nim buat Kek Coklat Moist. Paling simple punya kek lah. Guna resepi Namee Roslan. Sat nak tunjuk gambaq hasil.
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
Haaaaaa. Setelah 5minit mencari. Jeng jeng! Ni la first kek Kak Nim buat. 

Disebabkan tok Kak Nim seorang yang permurah amaaaaat. So kek yang tak seberapa ni dia suruh pi bagi dekat sedara2 dan kawan2 Kak Nim. So start dari situ Kak Nim dapat good feedback yang kek tu superb, moist, delicious, gebu, lembab, tak manis sangat & etc. Maka di sinilah bermulanya kisah perjalanan bisnes Kak Nim bila orang start order dari hari ke hari. Lepas dah maju sikit Kak Nim pun start lah tambah another 2 3 menu baru. Alhamdulillah dah dekat 4 tahun dah haa. Di kesempatan ini, I would like to give a big thanks to Namee Roslan! Because of you Kak Nim dah ada bisnes sendiri sekarang. Walaupun kecik ja. Boleh la cukup makan. πŸ˜›

Then, nak tau macam mana nama Hanimlicious tu tercipta? Nanti Kak Nim rajin Kak Nim cerita k. Goodnight!😘

First day tulis belog!

Assalamualaikum. Hye!πŸ‘‹

Malu pulak nak start. Haha overrr. Hye hallo namaste, aku Kak Nim. Nama penuh Nur Hanim. Tapi orang sekarang kan semua nak cepat nak simple haaa Nim sudah. First of all, tiba2 ja aku nak menulis blog ni pasaipa kan? Orang lain dah lama dah dok syok menulis itu ini tapi aku baru first post. Kahkahkah. Sebenaqnya dulu ada blog. Tapi dulu2 punya blog biasa la. Baru nak up. Tak boleh blah punya blog. Luah pasai pakwe, bekelai dengan kawan, kena buli senior lalalalala. So, point aku menggodek balik blog ni sebab tiba2 sekarang sejak sambung degree ni rasa macam diri ni macam mahir sikit pasai komputerr ni haa +boring. Pastu sekarang dah ada business sampingan sama. Teringin la jugak nak jadikan medium nak promote tak gituhhh. Haha. 

So, for the first introduction ni nak cerita pasai apa hah? Pasai diri sendiri lah nohhh. Hehe. Kak Nim ni orang Perlis. Orang Perlis piauuu. Tokwan tok mak ayah mak menakan semua asal orang Perlis. Daripada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sampaiiiiiiii la haa universiti semua kat Perlis. Nampak betapa sayangnya Kak Nim kat Perlis Indera Kayangan ni nak habaq hampa. Sebab tu la Kak Nim ni emo sikit emobanyak bila kadang2 orang dok mengata negeri Perlis ni macam2. Takdak mall, takdak wayang, takdak macam2. Haa pasaipa? Aku buleh ja hidup 22 tahun kat sini. GRRRR...😀

Ok back to reality. Kak Nim sekarang dok belajaq lagi kat Unimap. Degree Engineering Entrepreneurship. Nak jadi usahawan lah katekannnn. Kahkahkah. Di samping itu haa Kak Nim dok buat bisnes jugak. Kecil kecilan cari duit poket. Hampa pi instagram search Hanimlicious. Kat butang tepi2 tu pun ada. Pi klik cepat. Haa hat dok buat cheesetart, kek comey2 dalam gambaq tu Kak Nim la hehe. Nak tengok kat FB pun boleh. Search Hanimlicious jugak. Tapi FB ni jarang update sangat. Rasa renyah sikit haha. +likerspuntakberaparamai. Kalau nak order tu habaq la 3 4 hari awai. Bukan apa, kalut kan dengan kelas lagi. Takut takdan buat. 

Hmmm nak cerita apa lagiiii. Apa? Marka? Haha. Adaaaaaaa. Tapi rahsia. Hampa tunggu la Kak Nim nikah nanti Kak Nim reveal la sapa. #acahhotsetap

Dah lah. Nanti Kak Nim rajin Kak Nim update lagi yerwwww! Bye! 😘